Mengenai IKD

Institut Kajian Dasar (IKD) ditubuhkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1985 sebagai penubuhan nir-laba bukan kerajaan yang berdedikasi untuk melahirkan kebangkitan kebudayaan, pembentukan masyarakat madani dan mempromosi interaksi antara negara- negara Asia Tenggara dan di luarnya. Juga menawarkan forum untuk para sarjana, pembuat dasar, dan lain- lain untuk berinteraksi, menganjurkan persidangan, seminar, latihan dan perundingan dalam isu- isu semasa yang penting.

Objectif IKD

  • Menjalankan, atau bekerjasama dalam menjalankan kajian berkaitan pembangunan eknomi dan sosial di Malaysia dengan memberi tumpuan khusus kepada pembangunan manusia sebagai pra- syarat bagi bentuk- bentuk pembangunan yang lain.
  • Menjalankan kajian tentang hubungan kepercayaan- kepercayaan agama dan prinsip- prinsip kerohanian, moral dan etika dalam merumuskan dasar dan matlamat strategik.
  • Menyediakan ruang untuk para sarjana, pembuat dasar, dan pihak- pihak yang berminat untuk membincang dan merumuskan idea kearah pembangunan yang positif dan menjalankan kegiatan penerbitan yang dapat menerbitkan idea- idea kreatif, kritikal dan pemandu bagi isu- isu sosial, ekonomi, politik dan kebudayaan.
  • Menganjurklan dan mengendalikan persidangan, seminar, perbincangan berkumpulan, dan syarahan umum, untuk kelompok professional, pentadbir, aktivis sosial, belia dan pemimpin pelajar, di samping masyarakat umum, bagi meningkatkan tahap kesedaran, kebertanggungjawaban, dan akauntabiliti ke arah pembangunan negara secara holistik.

Tumpuan

  • Menyuburkan demokrasi dan menyebarkan idea demokrasi bukan saja sebagai sebuah proses politik, tetapi juga sebagai nilai sejagat;
  • Mempromosikan idea- idea tentang inisiatif individu, kebebasan ekonomi dan pasaan sebagai sumber bagi tatapan spontan( spontaneous order):
  1. Menjelaskan peranan sebenar negara dan hubungannya dengan masyarakat madani;
  2.  Mewujudkan kesedaran di kalangan warga bahawa sebuah kerajaan yang terlalu kuat dapat menjadi ancaman kepada hak- hak asasi manusia; dan
  3. Mengadakan kajian dan menerbitkan bahan- bahan yang dapat menyumbang kepada perumusan ideal Asia yang mendukung kebebasan, akauntabiliti, dan pengurusan yang manusiawi( humane governance).

 

Pengalaman

  • Kerjasama Serantau

  1. Asian Renaissance( bengkel untuk pemimpin- pemimpin pelajar Asia Tenggara, dengan kerjasama Sasakawa Foundation, 2004-2009)
  2. Pacific Dialogue( disertai para senator dari Amerika Syarikat dan pemimpin-pemimpin Asia dan Pasifik, menghasikan Piagam Pasifik, 1994; 1996)
  3. Asian Renaissance Conference(seminar, teater dan pameran seni melibatkan sarjana dan tokoh dari seluruh dunia untuk meraikan dan memperingati tokoh- tokoh agung Asia seperti Jose Rizal, Muhammad Iqbal dan Jamaluddin Afghani, 1995-1998)
  4. Interaction for Progress Seminars( Hanoi, Kuala Lumpur dan Bangkok, 1991)
  • Wacana dan Latihan
  • Kegiatan Seni- Budaya

Penerbitan

Untuk sebarang pertanyaan mengenai maklumat tempahan/ pembelian, sila hubungi Zihni, (0176248046) ikdbudaya@gmail.com / bukuikd@gmail.com